GLORY2!!!!!

GLORY2!!!!!

Sabtu, 10 September 2011

Kelantan, Terengganu teruskan penguasaan di Piala Malaysia

Sudah lama agaknya aku tak preview apa2 berita bolasepak, mbe mood Ramadhan dan Raya agak mmbataskan cerita bola aku untuk di kongsi bersama. Apatah lg ketiadaan game2 yg menarik sepanjang Ogos dan awal September, kecuali game Arsnal kena belasah dgn Man U menjelang raya itu hari, game yg sama2 aku layan dengan bdk2 sekolah dulu kat Kedai Sate Lemal beramai2. Agak happening gak kerana masing2 mengharapkn Man U kalah..hahaha.

So, bersempena saingan Piala Malaysia yg baru membuka tirai 6 September lalu, boleh le aku katakan pasukan pilihan masing2 menunjukkan belang awl dengan memenangi 2 perlawanan peringkat kumpulan, antaranya penyandang Juara 2010 iaitu Kelantan dan juga Juara Fa Cup taun ni iaitu Terengganu, walaupun masing2 kelihatan berhempas pulas mengalahkn lawan masig2 smlm dengan kemenangan tipis 2-1 (Kelantan) dan 3-2 (Terengganu). Di bawah ni highligt game Kelantan menentang Johor Fc di gelanggan keramat mereka iaitu di Kota Bharu.




Perlawanan Kelantan di kumpulan C smlm agak dilihat di bawah tahap keupayaan sebenar, mungkin kerana bermain di padang yg basah dan juga Jhr FC yg dilihat bermain bermati-matian mengalahkn Kelantan. Walau bagaimana pun terdapat 4 perlawanan lagi untuk di harungi dan boleh dikatakan terlalu awal untuk mengatakn siapa yg akan layak ke suku akhir, dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, Felda mencatatkn kemenangan kedua menentang Sarawak dan kini berkongsi mata dengan Kelantan di dlm kumpulan ini. Boleh dikatakan permulaan yg baik utk pasukan yg berstatus kelab ini.


Kelantan



Felda United FC


Saingan kumpulan A smlm menyaksikan pula pasukan pilihan iaitu Kedah kalah di tangan Sabah sambil Perak mengalahkan Johor. Selangor pula mencatat kemenangan pertama dalam kumpulan D dengan mengalahkn pasukan yg 'wajib' dikalahkn tnpa mslh iaitu PDRM 2-0 sambil Kuala Lumpur (pasukan Atletico Madrid Msia) mencatat kemenangan kedua dengan mengalahkan pasukan 'kuat' iaitu T-Team dengan Yong Kuong Yong menjadi duri dlm daging buat T-Team apabila pemain itu menjaringkn dua gol Kuala Lumpur.




Selangor




Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur)


Saingan Kumpulan B yg mengandungi Terengganu pula, menyaksikan Negeri Sembilan mudah meratah pasukan Kelab yg tampak agak rapuh dlm saingan Piala Malaysia ini iaitu Sime Darby FC dengan mudah meratah kemenangan besar. Apa2 pun saingan masih awl untuk diperkatakan, perlawanan masih byk untuk diharungi, kita sama2 saksikan aje nnti..Buat pasukan Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur dan Felda United...kelibat mereka agak harus di waspada pasukan lain...



Terengganu




Negeri Sembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan