GLORY2!!!!!

GLORY2!!!!!

Selasa, 20 September 2011

Kenduri untuk Kelantan, lauk untuk si singa

Minggu ni merupakan minggu2 bz buat peminat tegar bolasepak mcm aku nih..heh heh heh..Ye la,boleh dikatakn bolasepak liga luar mau pun dlm negara penuh dengan prlawanan2 yn ditunggu2 oleh semua peminat bola..EPL makin rancak dengan persaingan nya, begitu jugak halnya di Malaysia ni dengan saingan Piala Malaysia yg meyaksikn sedikt sebanyak kejutan dari pasukan yg bertanding.

Dimulakan dengan saingan Piala Malaysia, pasukan pilihan masing2 menunjukkn knp mereka adalah pasukan pilihan dengan kemenangan yg terus berpihak kepada mereka utk melayakkn diri ke saingan suku akhir nnti.Kelantan,Terengganu,T-Team menunjukkn aksi yg cemerlang dlm perlawanan ke 4 peringkat kumpulan dengan pasukan pilihan pada awlnya seperti Selangor terus dirundum malang kekalahan kedua yg meyaksikan peluang depa menjadi amat tipis..Pasukan lain juga menepati ramalan awl utk ke saingan peringkat suku akhir seperti Negeri Sembilan,Kuala Lumpur, dan juga pasukan Perak yg masih belum kalah..Kita saksikan saja nnti bagaimana dgn perlawanan ke 5 mereka masing2.





Fernando Torres dengan...errr..dengan baju raya barunya...


EPL pula menyaksikan perlawanan yg ditunggu2 antara dua musuh ketat dijangka sengit iaitu Chelsea menentang Man U di Old Trafford. Perlawnan yg menyakitkn hati dan buat org sakit jiwa..haha..meyaksikan Chelsea kalah ngan bergaya 3-1 walaupun boleh dikatakan peluang menjaringkn gol bagi Chelsea begitu byk. Persembahan Torres juga dilihat makin meningkat..apa2 pun.kredit to Man U..n utk pasukan lain..perlu berusaha lagi kuat..adios cikapot

Khamis, 15 September 2011

Kelantan tewas di tangan kelab bernasib baik

Johor Bahru, Khamis - Kekalahan pertama kelantan di Piala Malaysia smlm amatlah mengejutkn penyokong setia depa. Kekalahan di tangan Felda United menyaksikn imej sebagai penyandang juara agak meragukan. Mengimbas kembali perlawanan smlm, Kelantan yg menguasai sehingga 65 % perlawanan dngan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Felda pada separuh masa kedua gagal menterjemahkn jaringan gol, apatalh lagi penjaga gol Felda United smlm beraksi begitu baik. 



Kelihatan riak wajah kecewa pada penyokong Kelantan





Norshahrul Idlan Talaha melarikan bola melepasi pemain 
Felda United di Satdium Selayang mlm tadi..

Dengan serangan gol ke atas gol lawan sebanyak 20-25 serangan, ianya tetap tidak dpt membuatkn para pemain Kelantan untk meletakkan bola di jaring gol.. Pasukan Felda pula, dengan 2 serangan saja sudah cukup untk menjaringkn dua gol dengan keputusan 2-0 memalukan Kelantan di Satdium Selayang (home Felda United). Sesungguhnya itu lah bola sepak, pasukan yg bermain baik belum tentu boleh mng. Pengajaran berguna buat anak didik M.Karathu dlm menghabiskn saki baki perlawanan peringkat kumpulan utk muncul juara kumpulan.

Sabtu, 10 September 2011

Kelantan, Terengganu teruskan penguasaan di Piala Malaysia

Sudah lama agaknya aku tak preview apa2 berita bolasepak, mbe mood Ramadhan dan Raya agak mmbataskan cerita bola aku untuk di kongsi bersama. Apatah lg ketiadaan game2 yg menarik sepanjang Ogos dan awal September, kecuali game Arsnal kena belasah dgn Man U menjelang raya itu hari, game yg sama2 aku layan dengan bdk2 sekolah dulu kat Kedai Sate Lemal beramai2. Agak happening gak kerana masing2 mengharapkn Man U kalah..hahaha.

So, bersempena saingan Piala Malaysia yg baru membuka tirai 6 September lalu, boleh le aku katakan pasukan pilihan masing2 menunjukkan belang awl dengan memenangi 2 perlawanan peringkat kumpulan, antaranya penyandang Juara 2010 iaitu Kelantan dan juga Juara Fa Cup taun ni iaitu Terengganu, walaupun masing2 kelihatan berhempas pulas mengalahkn lawan masig2 smlm dengan kemenangan tipis 2-1 (Kelantan) dan 3-2 (Terengganu). Di bawah ni highligt game Kelantan menentang Johor Fc di gelanggan keramat mereka iaitu di Kota Bharu.




Perlawanan Kelantan di kumpulan C smlm agak dilihat di bawah tahap keupayaan sebenar, mungkin kerana bermain di padang yg basah dan juga Jhr FC yg dilihat bermain bermati-matian mengalahkn Kelantan. Walau bagaimana pun terdapat 4 perlawanan lagi untuk di harungi dan boleh dikatakan terlalu awal untuk mengatakn siapa yg akan layak ke suku akhir, dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, Felda mencatatkn kemenangan kedua menentang Sarawak dan kini berkongsi mata dengan Kelantan di dlm kumpulan ini. Boleh dikatakan permulaan yg baik utk pasukan yg berstatus kelab ini.


Kelantan



Felda United FC


Saingan kumpulan A smlm menyaksikan pula pasukan pilihan iaitu Kedah kalah di tangan Sabah sambil Perak mengalahkan Johor. Selangor pula mencatat kemenangan pertama dalam kumpulan D dengan mengalahkn pasukan yg 'wajib' dikalahkn tnpa mslh iaitu PDRM 2-0 sambil Kuala Lumpur (pasukan Atletico Madrid Msia) mencatat kemenangan kedua dengan mengalahkan pasukan 'kuat' iaitu T-Team dengan Yong Kuong Yong menjadi duri dlm daging buat T-Team apabila pemain itu menjaringkn dua gol Kuala Lumpur.




Selangor




Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur)


Saingan Kumpulan B yg mengandungi Terengganu pula, menyaksikan Negeri Sembilan mudah meratah pasukan Kelab yg tampak agak rapuh dlm saingan Piala Malaysia ini iaitu Sime Darby FC dengan mudah meratah kemenangan besar. Apa2 pun saingan masih awl untuk diperkatakan, perlawanan masih byk untuk diharungi, kita sama2 saksikan aje nnti..Buat pasukan Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur dan Felda United...kelibat mereka agak harus di waspada pasukan lain...



Terengganu




Negeri Sembilan