GLORY2!!!!!

GLORY2!!!!!

Selasa, 25 Oktober 2011

Maaf Jang..Walaupun penyokong muncul di akhir musim..Ganu tetap pilihan aku untuk julang Piala

Previu Final Piala Malaysia di kaca mata aku (walaupun aku bkn la pakai kaca mata)..


Perlawanan Akhir Piala Malaysia edisi ke-48 sabtu ni menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan (N9), perlawanan yg akan diadakan di venue berbeza berbanding tahun2 sebelum ini iaitu Di Stadium Bukit Jalil  kali ini akan diadakan di Stadium Shah Alam...Stadium yg terkenal dgn padang yg tidak berapa elok berbanding stadiumnya yg cantik dan besar...hehehe..aku pun tak tahu le apa diaorg punya kerja nih..apatah lagi dikatakan tiket final kali ini mahal giler(RM50) berbanding tahun2 sebelum ni (RM25-30)..Emm..aku mls nk ulas pasal ni sebab ulas pun bukan aku gi stadium tgk pun...(heh2)..

Apa yg aku nk ceritakn disini ialah tentang pasukan yg bertanding nnti iaitu Terengganu dan juga N9. Secara totalnya aku memilih Terengganu muncul juara, bukan lah disebabkn aku ni org pantai timur..sebab team aku sdiri pun dh ditunjukkn jalan keluar oleh Terengganu pada suku akhir. Tp oleh sebab keupayaan nya dan konsistensi yg dipamerkn sepanjang musim ini.. Untuk rekod, Terengganu muncul Juara Piala FA menewaskan pasukan Pahlawan Merah iaitu Kelantan pada masa tambahan 2-1 di dalam satu perlawanan yg amat dramatik dan menghiburkn pernah disaksikn..apatah lagi Kelantan merupakan pasukan yg kuat musim ini..Di dlm liga Super pula, Terengganu muncul naib juara di belakang Kelantan (Kelantan lg...heh2)..dgn penyerang nya iaitu Abd Hadi Yahya muncul gelaran Kasut Emas (gol terbanyak sepanjang liga) di hadapan Norshahrul Idlan yg mewakili pasukan Kelantan (asyik Kelantan je..heh2 ) dengan 21 gol...Norshahrul 19 gol.




Barisan pemain Terengganu FA 2011


Oleh itu Terengganu boleh le dikatakn pasukan yg konsisten berbanding N9 dan pilihan yg tepat untuk meneruskn momentum kejayaan setelah menewaskan penyandang JUARA dan juga pasukan yg hebat iaitu KELANTAN pada suku akhir lalu..Tp, pada aku mudah je teori aku....KELANTAN bukan le calang2 pasukan...team yg mengalahkn nya pada suku akhir tu akan muncul juara...tu je aku leh ckp...



Penyokong Terengganu, yg berjaya memenuhkn stadium setelah masuk saingan suku akhir Piala Malaysia..sebelum2 tu xde plak..heh2..


Bercerita pasal pemain pula, Terengganu mmpunyai pemain2 yg bgs dan berwibawa sepanjang musim ini...apatah lagi di barisi penyerang 3 serangkai iaitu Abd Manaf Mamat, Abd Hadi Yahya dan Ashaari Shamsudin



 Abd Manaf Mamat




 Ashaari Shamsudin





Abd Hadi Yahya


..ketiga2 mereka ini mampu utk menjaringkan gol pada situasi genting dan juga pada sebarang perlawanan , apatah lg perlawanan akhir yg cukup penting nnti..sumbangan mereka ketika di suku akhir, separuh akhir menceritakan segala2nya dengan yg paling diingati ialah satu gol pelik Abd Manaf ketika menentang Selangor...gol yg menggunakn tumit kaki belakang. Mereka juga  di barisi pula dgn pemain tgh yg terbaik seperti Joseph Kalang, Reeshafiq Alwi dan juga Ismail Faruqi, sudah semestinya hantaran mereka ke arah pintu gol lawan akan di manfaatkn oleh 3 serangkai utama mereka utk mencari gol..



Pemain tengah berkaliber, Joseph Kalang Tie




Kapten Pasukan Terengganu, Marzuki Yusoff


Pemain seperti Helmi Remeli, Zubir Azmi dan juga kapten mereka Marzuki Yusoff di benteng pertahanan juga amat mengusarkn lawan untuk menembusi pertahanan mereka.Moga pemain2 ini mempamerkn pemainan menarik nnti.


N9 pula, prestasi mereka boleh le dikatakan seperti YOYO musim ini...



Barisan Pemain Negeri Sembilan FA 2011


YOYO?????!!!


bukn le nk katakan semua pemain depa main Yoyo sebelum perlawanan, tp prestasi yg tidak menentu bukan le sesuatu yg diinginkn oleh Jurulatih pasukan, dengan rekod liga yg tidak le boleh dibanggakn langsung iaitu tangga ke 5 dari bawah. Pasukan ini menyaksikan perletakan jawatan jurulatihnya dipertghan musim  iaitu Wan Jamak akibat permainan hampeh yg ditonjolkn pasukan ini, dan digantikan dgn Azrai Khoo, walaupun boleh le dikatakn mereka dibarisi oleh pemain2 hbt seperti Aidil, Zaquan, Hairudin, Shukor(kapten), S.Kunalan, Sharuain, Idris Karim dan juga beberapa pemain lain.



Hairudin Omar




 Shahruain Abu Samah




Idris Karim, pemain veteran yang masih ada sengat..




Kapten Pasukan, Shukor Adan




Pemain sayap lincah, S.Kunalan




Tapi apa yg aku boleh puji tentang pasukan ni ialah bila kancah Piala Malaysia bermula..mereka boleh le dikatakan semangat lain bila memasuki perlawanan kalah mati ini..Dengan kemenangan dan permainan menarik yg ditunjukkn..tidak le pelik bila mereka menjejakkn kaki di pentas AKHIR buat kali ketiga BERTURUT2!!!!!...gila ah ding dong semngt depa..heh2..Apa yg menarik, ini final ketiga berturut2 bagi Hairudin Omar dgn pasukan yg berlainan, 2009(N9), 2010(Kelantan) dan 2011(N9)..


Oleh itu....setelah penat menaip dan meluahkan apa yg aku rasa btl pada pandangan aku, aku nk tgk Final kali ni sesengit musim lepas...dan biarlah juara kali ni muncul juara dengan bergaya dan bermaruah (tnpa kad merah,penalti dan jaringan kontroversi)..ADIOS cikapot..

Ahad, 9 Oktober 2011

Saingan suku akhir bermula

Bermulanya mlm esok, saingan suku akhir Piala Malaysia akan bermula.8 pasukan akan berentap untuk merebut 4 slot ke separuh akhir dan seterusnya bertembung difinal 29hb nnti. Walaupun dikatakn bolasepak negara bagaikan dilanggar garuda ekoran kekalahan yg memalukn ditgn Australia, semua tu kita tolak ketepi dahulu. Apa yg ada sekarang ini harus difokuskan terlebih dahulu iaitu Piala Malaysia.



Bola2 jugak..solat jgn dilupai...














Cabaran pasukan pilihan yg dipikul sedikit sebanyak menarik untuk disaksikan..dengan pasukan seperti Kelantan, Terengganu,Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Tapi dengan prestasi yg agak tidak konsisten diperingkat kumpulan agak mengusarkn buat bekas Juara 32 kali iaitu Selangor dan juga N9. Berbanding pasukan lain yg layak ke suku akhir, lagak sang juara agak kurang dilihat pada 2 pasukan ini berbanding yg lain. Apatah lg prestasi di liga juga agak tiada apa yg dibanggakn. Jadi, kesudahan perlawanan pertama suku akhir dpt dilihat esok...sama2 kita saksikan pasukan mana yg akan menyerlah dan menepati status sebagai pasukan pilihan.