GLORY2!!!!!

GLORY2!!!!!

Selasa, 5 Julai 2011

Menentang IMPORT Asia Tenggara

Tahniah diucapkan kepada pasukan kebangsaan negara kerana berjaya melayakkn diri ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. Telah sekian lama Malaysia terkandas dipusingan pertama, ini lah kali pertama dalam tempoh 34 tahun Malaysia melangkah ke pusingan kalah mati seterusnya setelah berkurun tersekat sama ada oleh pasukan Jepun maupun Korea Sel.



Proud Our Country....Oh Yeahhh....


Walau bagaimana pun Malaysia menempuhi tempoh yg mendebarkan di Stadium Taipei kerana diasak dengan skuad yg berubah sama sekali agresifnya dan taktikalnya tidak seperti pasukan yg sama yg ditewaskn Malaysia pada minggu lepas. Kekalahan 3-2 kepada Taiwan (mng secara aggregat 4-4, peraturan gol tmpat lawan) boleh lah dikatakn pengajaran yg berguna kepada anak buah Datuk K.Rajagopal utk terus menggunakn nya sebagai pelajaran yg kalau boleh tidak mahu diulangi lg apa bila berjumpa Singapura pada pusingan kedua 23 Julai ini.Skuad Singapura yg dibarisi pemain IMPORT yg diberi kerakyatan sudah pasti benar2 akan menguji kekuatan keseluruhannya skuad Rajagobal kali ini. Walau bagaimana pun, aku amat memuji dua gol lawa yg disumbangkan oleh masing2 Safiq Rahim dan Aidil Zafuan yg membuktikn Malaysia juga tidak ketandusan pakar 'bola mati' atau Setpiece. Gol Aidil dikhabarkn tersenarai antara 8 gol terbaik dunia dari seratus gol utk minggu ini..Weldone 'bdk jambu'..





Dari kiri (duduk) : Amar, Aidil, Asrarudin, Kunalan, Safiq
Dari kiri (diri)  : Safee, Badrol, Fadhli, Amirulhadi, Helmi, Sharbinee(GK)





Sorakan yang diperlukan pasukan negara



Kecemerlangan penjaga gol kedua Malaysia yg menggantikn Khairul Fahmi iaitu Sharbinee Alawee juga harus dipuji kerana dgn cekap nya menyelamatkn satu penalti dari 3 penalti yg diberikn senang2nya oleh pengadil malam itu iaitu pengadil dari Vietnam (aku malas mengulas tindakan murah hati pengadil ni kepada Taiwan, sdiri pikir lah). Jadi, boleh le Coach Rajagopal mengambil nafas lega kerana disebalik kekalahan pertama tahun ini, beliau mendapat penjaga gol yg boleh diharap sambil tak mahu sepenuhnya bergantung kepada Khairul Fahmi yg juga bermain utk pasukan Olimpik negara. Oleh yg demikian, tempoh sekembalinya pemain ke pasukan masing2 untuk tugas Liga Super bagi perlawanan terakhir , Rajagobal bolehlah memikirkn strategi utk mengekang pasukan lawan masing2 sepanjang bulan ini...Di mulai dgn persahabatan menentang Arsenal, Liverpool dan juga 'game' menentang Singapura (2 kali). Khabarnya pasukan Olimpik negara akan mengambil tempat skuad senior menentang Chelsea..Majulah bola dan padang untuk negara- AKU melaporkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan