GLORY2!!!!!

GLORY2!!!!!

Selasa, 12 Julai 2011

Antara Meriam dan Harimau

Menjelang perlawanan persahabatan pertama Jelajah EPL Asia Tour 2011 menentang Arsenal mlm esok, peluang Malaysia untuk menang dilihat agak sukar. Dengan kekuatan pemain2 bertaraf dunia seperti Robin Van Persie, Ashavin, Nasri, Sagna, Rosicky, Wilshere, sudah cukup untuk menyatakan Arsenal sudah menang di atas kertas. Tapi jika kenyataan seperti itu di ambil kira, sudah pasti le Malaysia dikira membuang masa menentang pasukan yg di yakini menang dengan mudah.









Tapi nampak gayanya bukan itu yg diigini pasukan Malaysia, apatah lagi ini adalah kali ke 3 Arsenal berkunjung ke Malaysia menentang pasukan kebangsaan sejak era Mokhtar Dahari lg. Kalah menang bukan perkiraan jika di lihat situasi Malaysia sekarang ini. Di samping kesibukan barisan utama negara bersedia menentang Singapura dlm pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 23 Julai nanti, boleh lah dikatakn ini adalah latihan yg TERBAIK sebelum turun menentang negara Singa tersebut.




Robin Van Persie antara tonggak Arsenal yg akan diturunkan nanti




Striker Norshahrul Idlan masih menjadi harapan merobek gawang Arsenal



Oleh sebab itu, mungkin elok dikatakn kedatangan Arsenal adalah masa terbaik bagi Malaysia menunjukkn sesuatu yg kita ada kepada pasukan luar seperti Arsenal dan Liverpool. Mengikut kenyataan akhbar Arsene Wenger yg mengatakan tidak kisah dengan status Juara Asia Tenggara yg dipegang Malaysia, nampaknya ini adalah peluang sesuai utk barisan Harimau kita menunjukkn sesuatu setelah berjaya 'mengejutkan' Manchester United dlm perlawanan jelajah mereka dua tahun lalu (Malaysia kalah 2-3).




Sorakan penyokong berbaju KUNING amat di perlukan ketika perlawanan nanti, bukannya penyokong berbaju merah 'Fly Emirates'



So, aku berharap kali ini, dpt le melihat Malaysia bermain dengan best dan yakin ketika menentang Arsenal dan sudah pasti lah aku mengharapkn kemenangan walaupun bunyi mustahil tp x kisah la kn. Ada jaringan gol dan main cantik walaupun kalah sudah cukup utk menunjukkn sesuatu kepada pakcik 'hidung merah' Arsene Wenger. Joga bonito broo....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan