Menjelang perlawanan kedua Malaysia menentang Taiwan ptg esok, segalanya agak sukar buat Malaysia . Kemenangan 2-1 di Bukit Jalil belum menjamin tempat untuk Malaysia layak ke pusingan seterusnya. Dengan mengambil kira gol di tempat lawan, boleh lah dikatakn tekanan pasti berpihak kepada pasukan Malaysia apatah lagi Taiwan yg bermain ditempat sdiri dan mempunyai kelebihan nya yang tersendiri.
A little Malaysian's Fan
Tapi tiada yg mustahil bagi pasukan bimbingan Datuk K.Rajagobal untuk memenangi perlawanan tersebut atau sekurang2nya keputusan seri.. Dengan mengambil kira kemungkinan Norshahrul yang akan bermain dengan dibantu Abd Hadi memungkin kn Malaysia mempamerkn permainan yg baik dan seterusnya menunjukkn kejaguhan yg sebenar sebagai 'Juara' di Asia Tenggara.
Formasi yg di gunakn mugkin seperti perlawanan tempoh hari, dengan Badrol Bakhtiar sebagai backup striker, dengan menarik pemain pertahanan lawan menjaga Norshahrul sambil Abd Hadi memainkan peranan 'top striker'seperti Safee Sali. Sambil kemungkinan taktik bertahan mungkin digunakn jika terdesak. Menggunakan istilah jiran aku sendiri iaitu makcik Rokiah, 'pertahanan yg baik adalah dengan menyerang' . Malaysia harus pantas mencipta gol awal untuk menekan Taiwan. Tiada pilihan lain, tetapi itulah yg sepatutnya dilakukan.
Badrol Bakhtiar
Abd Hadi Yahaya
Khairul Fahmi mungkin diturunkan??
Barisan Pemain Yang Mungkin Bermain :
Penjaga Gol : Sharbinee...atau Khairul Fahmi????
Pertahanan : Helmi Remeli, Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar ,
Tengah : Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Safia Rahim
Penyerang : Badrol Bakhtiar, Norshahrul Idlan, Abd Hadi Yahaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan