GLORY2!!!!!

GLORY2!!!!!

Sabtu, 9 Julai 2011

Kelantan FA : Gergasi baru bolasepak

Dua tiga hari ni dalam konteks bolasepak tempatan, semua akhbar memperkatakn tentang kejayaan Kelantan musim ini. Kejayaan secara total (selain terlepas piala FA) mengejutkan byk pihak dan senario bolasepak Malaysia berubah secara drastik. Tahun 2011 dimulai dengan memenangi Piala Sumbangsih (juara piala msia 2010 bertemu juara liga super 2010) mengalahkan Selangor 2-0, kemudian Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala Fa tetapi kalah kepada Terengganu 2-1 walaupun pada satu ketika hampir memenangi perlawanan tersebut seblum 2 gol yg mematikan langkah Kelantan. Pada sabtu malam dlm perlawanan terakhir Liga Super, Kelantan berjaya mengalahkan Sabah 2-1 di Likas, Sabah dan memastikan Kelantan menjulang JUARA liga super 2011 meninggalkan Terengganu dan Selangor masing-masing di tempat kedua dan ketiga.



Pasukan Kelantan FA musim 2011



Kejayaan Kelantan bermula pd musim 2009 dengan mara ke 2 perlawanan akhir iaitu Piala Fa dan Piala Malaysia tetapi kalah kepada lawan masing-masing. Kemudian pada tahun 2010 Kelantan mara lagi ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan berjaya memenanginya mengalahkan Negeri Sembilan 2-1, disamping muncul naib juara liga super dibelakang Selangor. Titik perubahan kepada pasukan Kelantan sejak tahun 2009 adalah dengan pasukan kepimpinan KAFA (Kelantan FA) yg diterajui oleh Tan Sri Anuar Musa dan barisan pegawai2 nya. Pasukan Kelantan kalau tak silap aku tak seperti negeri lain, yg mana diberi bantuan kewangan oleh kerajaan negeri masing2, isu ni bagi aku tak nak lah aku ulas panjang macam orang politik pula, cuma apa yg boleh aku katakn, kadang2 kesusahan yg dirasai akan mendatangkan ikhtiar yg berhasil dengan cara kita sendiri. Presiden KAFA (Tan Sri Anuar Musa) membawa pasukan Kelantan seperti kebanyakan pasukan EPL dengan cara yg tak pernah kita tgk di Malaysia ini.



Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa






Stadium 'Home' Kelantan  ,  Stadium Sultan Muhamad 4, Kota Bharu



Memberikan satu motivasi kepada pasukan utk selalu menang menyebabkan stadium selalu dipenuhi penyokong, bukan sahaja di Kota Bharu, bahkan di tempat2 away yang lain. Sebab itu lah Kelantan dianugerahkan oleh pegawai FAM sebagai penyokong paling bernilai dan budaya bolasepak Kelantan ketika ini berjaya menyemarakkan semangat bolasepak yg luar biasa sehingga kesannya amat terasa kepada bolasepak Malaysia.


Stadium Bukit Jalil yg hampir penuh dengan penyokong Kelantan kalau melibatkan perlawanan akhir




Keadaan Stadium Bukit Jalil di perlawanan akhir Piala FA





Keadaan Stadium Sultan Muhamad 4 ketika perlawanan persahabatan Malaysia-Myanmar, satu keadaan pelik yg susah untuk dilihat di stadium lain di Malaysia, penyokong yg hadir sanggup berbaju hujan (warna warni tgk dari jauh) menonton perlawanan bolasepak, tmpat lain ada ke mcm ni??? Heh heh heh..


Bahagian pengurusan yang baik tidak menjamin kejayaan sesebuah pasukan tanpa barisan pemain yg baik, itu lah pasukan Kelantan. Dibarisi dengan tonggak pasukan Kebangsaan seperti Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan dan S. Chanturu dibantu dengan beberapa pemain berbakat lain kelahiran kelantan seperti Ramzul Zahini, Nurul Azwa, Shakir Shaari, Badri Radzi, Daudsu, Zairul Fitree, Farisham Ibrahim, Rizal Fahmi dan ramai lagi pemain2 di barisan simpanan dengan strategi berkesan dari ketua jurulatih Kelantan iaitu Datuk M.Karathu.
Di harapkan Kelantan akan terus berjaya lagi di pertandingan Piala Malaysia yg akan bermula selepas raya nanti dengan mempertahankan Piala Malaysia tahun lepas. Dan juga, Stadium baru yg telah dinantikan peminat The Red Warriors terlaksana akhir nya( tnpa mengira siapa yg membiayainya) Majulah Bolasepak Kelantan utk kemajuan boasepak negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan