GLORY2!!!!!

GLORY2!!!!!

Khamis, 23 Februari 2012

Itu lah realitinya....terima lah

Banyak btl aku dgr komen2 pedas dari jurulatih2 'part time' yg bisa sahaja mengeluarkn pendapat mereka sesuka hati selepas sahaja Malaysia(skuad Harimau Muda) tewas berGAYA kepada Jepun pada perlawanan kelima di Stadium Bukit Jalil 22 Februari lalu. Kebnykanya yg mengomen adalah dari yg jarang sekali berbicara pasal bola, tetapi tiba2 menjadi emosi dan smngt kalau menceritkan kekalahan Malaysia. Heh heh heh..










Harimau Muda diketuai Kaptennya GK Khairul Fahmi 


 Bagi aku mudah je, dikalangan 12 pasukan yg layak ke pusingan terakhir peringkat Asia utk ke Olimpik kali ini, hnya Malaysia satu2nya negara yg paling rendah rankingnya tersenarai sama, bagi aku ini pun dah cukup membanggakan, lagi satu, kita kena le akui, ini sahaja lah taraf kita jika dibandingkn dengan negara2 yg telah berpenglaman bermain di World Cup dan peringkat tertinggi lain. Tak perlu le kita melatah menunding jari, kerana kita mmg masih jauh lagi dan perjalanan kita masih jauh lagi jika nk dibandingkn dgn negara gergasi bolasepak Asia yg lain. Ukur le baju di badan sendiri..ye tak.. xperlu hampa, x perlu emosi..terima sahaja lah kerana itu lah sikap sejati penyokong Harimau Malaya yg sebenanrnya....Adios..

Ahad, 12 Februari 2012

Ada apa dengan BPL??? - 'Penyokong Paling Bernilai'

  Ada apa pada malam sabtu yg lepas?? Bagi peminat bola, ada satu perlawanan tumpuan iaitu Liga Inggeris yg menemukn dua musuh tradisi iaitu Man U dan Liverpool, dan juga pada waktu yg sama terdapat perlawanan liga Super yg menemukan juga dua musuh tradisi dan antara yg terkuat kebelakangan ini iaitu Kelantan melawan Terengganu di Kota Bharu. Tapi yg nyata, dua2 perlawanan ni aku tak tgk kerana kat umah sewa baru aku sah2 belum ada Astro. Kelantan VS Terengganu (live 801) dan Man U VS Liverpool (live ESPN). Aku layan game N9 lwn Lions 12 je kat Tv Singapore (nasib le ada live, tp kecewa ngan N9, main cam hampeh).



  Tp apa yang menarik utk dikupas bukan pasal mana2 game, sebab semua org dah tau Kelantan mng 2-1 dan Man U pun mng 2-1 jugak kn..Apa yg aku nk ckp kat sini ada lah 'gelombang' kefanatikan penyokong2 TRW. Jika sebelum2 ini atau mmg xde langsung kot, kalau kedai2 makan yg menyiarkan perlawanan liga malaysia, yg menontonnya tidak le seramai mana, tapi tidak dgn perlawanan Kelantan Terengganu ini. Jumlah penyokong TRW(Kelantan)di tempat2 sebegitu boleh lah dikatakan ramai seperti pyokong2 Kelab BPL menonton game team mereka sdiri.(sumber dari sekitar Lembah Klang)



  Apa yg agak menarik, jumlah tontonan 'big screen' antara BPL dan Liga Super pada mlm itu bagai menunjukkn Kelantan  bagai bermain didlm liga yg sama seperti ManU dan Liver, krn disebabkn bgitu ramai penonton di lokasi restoran2 'big screen' yg menyiarkn perlawanan derby pantai timur liga super tersebut. Sorakan dan lilitan Mafla yg tersemat dileher menunjukkn situasi yg jauh berbeza jika ingin melihat penyokong dari negeri lain seperti itu.  Heh2, yg tgk BPL kat kedai2 mamak tu patut malu le kn. team liga sdiri tak nak sapot, duk sibuk layan team luar kn..Apa yg pasti, gelaran PENYOKONG PALING BERNILAI yg dianugerahkan kepada penyokong Kelantan musim lepas nmpaknya realistik dan sesuai sekali. Nak ckp lebih2 nanti org kata aku semngt kenegerian plak kn.What to say, The Red Warriors nadi bolasepak negara????? Hangpa nilai le sdiri ye..

Khamis, 9 Februari 2012

Liga Super Malaysia : Derby Pantai Timur

Selesai perlawanan ke 6 liga super smlm menyaksikan tahkta liga berpindah tgn kepada pasukan Perak yg mencatatkan kemenangan di samping Kelantan yg hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Sabah di Likas. Dengan keputusan Selangor seri menentang Young Lions dan juga keputusan sama yg dicatat Terengganu. Kelantan mengekori rapat satu mata dibelakang Perak, diikuti Terengganu dan Selangor.










Cabaran 'Derby' dan 'musuh tradisi' menanti Terengganu




Pasukan Kelantan kelihatan bergelut dgn prestasi pemain import




                                      Khidmat import Effa Owana tetap di tagih N9


Perlawanan tumpuan minggu ini sudah tentu 'Derby' pantai timur diantara Kelantan dan Terengganu disamping perlawanan pertama N9 menentang Young Lions di Kota Singa (ada live Tv singapore,dpt le aku tgk,heh2). Dengan prestasi Kelantan yg kelihatan goyah ketika menentang Sabah, pastinya peranan tenaga import terus ditagih didalam keadaan yg belum memuaskan hati para penyokong The Red Warrior berbanding pemain tempatan. Dipihak Terengganu, mereka kelihatan sentiasa bersedia menentang Kelantan tanpa sebarang masalah membelenggu mereka. Dalam perlawanan N9 menentang Young Lions pula, keadaan padang yg berbeza sudah tentu memberikan cabaran yg berlainan untk N9 mencatatkan kemenangan. Sama2 kita nanti kn persaingan sengit liga super pada hujung minggu ini...(^ ^,)

Rabu, 8 Februari 2012

"Bagus, tapi tidak cukup" atau "tidak cukup bagus"?

Perlawanan kelayakan  Olimpik Malaysia menentang Bahrain di mlm perseteruan liga Inggeris di antara Manchester dan Chelsea boleh dikatakn agar mendebarkn..Disamping seluruh mata peminat dunia tertumpu kpd perlawanan liga Inggeris tersebut, boleh dikatakan semua mata rakyat Msia tertumpu kepada perlawnaan kelayakn Olimpik tersebut, disamping ia adalah perlawanan keempat dlm kempen kelayakan peringkat kumpulan bagi Malaysia, ia adalah penentu hidup dan mati misi malaysia dlm layak ke 4 slot Olimpik dari benua Asia. Kalah bererti segalanya sudah berakhir buat Malaysia dan hanya kemenangan sahaja yg ingin dicapai sebagai pemangkin nafas baru utk sekurang2nya merebut tmpat kedua kumpulan utk perlawnan playOff, namun seperti dijangka dan resultnya pun korang dh tau kn, Malaysia tunduk 2-1 kepada Bahrain yg meletakkn titik noktah kepada Malaysia, dua perlawanan menentang Jepun dan Syria adalah pelengkap jadual bagi Malaysia, kerana sudah tiada apa yg perlu dipertahankan selain maruah pasukan (agar tidak kalah teruk?)


Hantu Kak Limah kelihatan sedih diatas kegagalan Malaysia mengulangi rekod 1980




12 terbaik Asia..apa nk kata lagi???



Menang atau kalah mmg le adat permainan, ia tak?? apa yg sudah berlaku telah pun berlaku. Sebagai seorg peminat bola, dari kaca mata dan pendapat aku lah, bleh le dikatakan "Great boyss..but still not good enough"...Malaysia sebenarnya sudah berjaya bagi aku, melayakkan diri ke kelompok 12 terbaik Asia pada kempen kelayakan kali ini sudah membuktikn sesuatu..At least nama Malaysia tetap ada di kalangan negara2 Asia yg lain seperti Jepun,Korea, Arab Saudi dan pasukan Asia celup iaitu Australia. Adakah kita melihat ada nama2 negara bolasepak yg lain yg agak setaraf dengan kita iaitu seperti Thailand, Singupura dan Indon..?? Xde kn???..Jadi,itu menunjukkan tahap kita agak kehadapan dari mereka, tp dlm konteks di benua Asia, kita boleh lah dikatakn 12 terbaik dan mungkin ke 12 terbaik(heh2,sedor diri beb).Jadi, nama2 skuad Olimpik seperti Khairul Fahmi,Mahali,Fadhli,Muslim,Irfan,Syahrul,Nazmi Faiz,Fandi Othman,Shakir,Gurusamy,Gary Steven,Amer dan ramai lg mungkin akan diingati sebahagian besar peminat kecil Malaysia(pemain bolasepak sekolah) utk dicontohi, dan dikejari rekod mereka, tidakkah itu satu perkara positif dlm bolasepak Malaysia dimasa hadapan??


  Pasukan kebanggaan kita, (diketuai Kapten popular, Khairul Fahmi),top 12 in Asia, tak perlu lah kita berasa malu

 So, kita perlu mengakui tahap kita dimana, kalau nk katakan kita setaraf dengan negara Asia Tenggara yg lain, aku rasa kita lebih sikit kot sekarang ni..dan kalau nk dikatakan kita hampir setaraf dgn gergasi bola Asia yg lain(Jepun misalnya)...Aku rasa jurangnya masih terlalu besar.....apatah lagi nk menghampiri tahap bolasepak depa. Bukan aku nk kata tak kan dpt macam tahap depa, tp kita 'boleh' menjadi seperti mereka, tapi bukan dlm masa terdekat ini. Mbe 5-10 tahun lgi..So apa yg boleh aku katakan, kita berpijak dibumi yg nyata dan tak mustahil kita boleh menongkat langit lain kali(layak ke Olimipik)....

Adiosss cikapot.(^ ^,)

Isnin, 30 Januari 2012

Kelantan masih 'liat' dipuncak liga.

Setelah 5 perlawnan liga super 2012, Kelantan masih gah memimpin liga berbeza satu mata dgn pasukan ditangga kedua terengganu dgn 12 mata. Kelantan juga menjadi satu2nya pasukan yg masih belum tewas setakat ini. Kunjungan di Likas menentang Sabah 7 Februari ini ada lah peluang terbaik Kelantan mengekalkn statusnya sebagai gergasi bolasepak Malaysia sebelum perlawanan menentang Red Giant di Shah Alam.



Norshahrul Idlan (Mat Yo) terus menjadi nadi kekuatan The Red Warrior disamping palymaker Badri Radzi (kapten)


Norshahrul Idlan masih menjadi penjaring terbanyak Kelantan setakat ini dengan himpunan 4 gol dari 5 perlawanan, striker Harimau Malaya ini jelas menunjukkn knp beliau patut diberi perhatian selepas menerima anugerah sebagai MVP(Multi Valuable Player) 2012. Kehadiran pemain import yg semakin menyerlah ketika ini tidak membantutkn aksi yg harus ditunjukkn pemain tempatan. Diharapkn kecemerlangan ini berterusan........Sekian ringkasan gua kali ini..(^ ^,)

Sabtu, 21 Januari 2012

Antara yg bersedia,serius dan tekad atau yg sebaliknya...

12.15 tgh malam, 22/1/2012, waktu yg aku dpt luangkn utk mmbuka blog yg dh hampir 2 bulan x bukak kot. Disebabkan pelbagai permasalahan dan keja yg ingin disetelkn terlebih dahulu berbanding On9 yg jarang2 dpt di nikmati saat ini..hampeh je..

Dengan pelbagai berita bola seantero dunia yg terlepas utk diulas olehku maupun keadaan kancah bola Msia sdiri..tidak sempat utk di ceritain...khususnya Liga Super Malaysia 2012 yg semakin rancak skrg ini.


Apa pun, selepas perlawanan ke4 liga super yg baru selesai mlm td, menunjukkan sdikit sebanyak pasukan2 yg bakal konsisten dan mungkin boleh dikatakan akan mengulangi gelaran mereka tahun lepas..Mungkin itu le bezanya diantara pasukan yg terperinci persiapannya berbanding pasukan yg kurang kesiapsiagaannya dlm menghadapi liga super musim ini. Apa yg aku boleh katakan, pasukan2 pantai timur nmpaknya begitu bersemngt dlm mmburu Piala yg diaorg x dpt season lepas..berbanding pasukan2 yg x dpt2 apa2 piala musim lepas dan masih mengharapkn pemain yg sama, mungkin nasib mereka pun boleh diagak di pertghan liga nanti.


Juara bertahan liga super, Kelantan Fa tampil dgn skuad terkuat musim ini, dgn 'star' tempatan dan import yg terbaik


Disaat bolasepak Malaysia yg makin bertambah rancak dari tahun ke tahun, dgn peranan pemain import musim ini didalam Liga Super, aku berharap sgt ianya dpt merubah secara total liga itu sdiri, mbe benda ni x dpt kita tgk dlm setaun dua ni, tp dlm masa 4,5 tahun lg mungkin kita akan nampak hasilnya. Pikir yg positif aje aku..heh2..Tiada yg mustahil utk dicapai, kerana Msia pun sedang mengukuhkn kuasa dan cengkaman sebagai juara Asia Tenggara, dan diharap Msia sedar,dgn beza permainan yg besar dikalangan negara2 Asean sahaja yg dpt merubah pandangan dan kemajuan bolasepak Msia dikaca mata gergasi Asia yg lain seperti Jepun dan Korea..sikit2 lama2 jadi bukit..mudh2an...

Isnin, 21 November 2011

Malaysia Pertahan Emas Bolasepak dari 'Penyangak'

Penantian ibu segala emas di sukan Sea berakhir mlm tadi apabila Msia dgn jayanya berjaya mempertahankan emas 2009 di Loas dgn memenangi emas bolasepak lelaki menewaskan Indonesia 4-3 dlm penentuan penalti setelah perlawanan 90 minit dan masa tambahan berakhir 1-1. Tahniah juga kepada tuan rumah yg berjaya menunjukkn permainan melawan yg tinggi sambil di iringi hampir 80 ribu penyokong yg 'sopan' dan 'bertamadun' di Stadium keramat (skrg dh x keramat dh,asik kalah ngan Msia je kat sini) mereka iaitu Stadium Gelora Bung Karno.



Indonesia, Penganjur dan tuan rumah yg 'terbaik' pernah disaksikan


Boleh lah dikatakan Malaysia cemerlang sepanjang kejohanan ini berlangsung dgn tanpa kalah dan berjaya menwaskan Indonesia 2 kali di stadium mereka sendiri..Walaupun dgn segala provokasi yg mereka berikan kepada Malaysia, namun mental pemain boleh lah dikatakn amat kuat, sementelah situasi ini pernah dialami pemain2 senior sebelum ini..Kenderaan perisai Polis iaitu Barracuda boleh dikatakn kenderaan rasmi pemain Malaysia jika bermain disini..Pada pandangan aku pula, 2 pemain yg memainkn peranan besar dlm skuad ini adalah Kapten iaitu Badrol Bakhtiar dan juga Keeper Malaysia iaitu Kahirul Fahmi Che Mat....aku x bleh bayangkan kalau tiada pemain berdua ni sudah tentu le Malaysia x akan berjaya mempertahankn emas kali ni(sori kalau kenyataan aku agak hampeh sikit,heh2)..tp sumbangan pemain lain tidak kurang hebatnya seperti  Syahrul Azwari, Wan Zaharulnizam, Fandi Othman, Irfan Fazail, trio benteng iaitu Mahali, Muslim, Fadhli, dan juga Asrarudin...melainkn pemain no 13(Fakri), yg aku rasa dh bleh pencen main bolasepak dan cari keja lain..hahahaha.



Kapten Harimau Muda sukan Sea, Badrol Bakhtiar (tp kapten harimau muda kelayakan Olimpik adalah Khairul Fahmi)




Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, tonggak penting skuad Harimau Muda dlm sukan sea dan kelayakan Olimipik.


Memetik kata para wartawan di dada2 akhbar, boleh le dikatakn ini adalah pengajuran terburuk sukan Sea berbanding dgn keupayaan negara Indonesia yg dibangga2kn..Apa2 pun syabas Malaysia...Serve Ur Right Indonesia!! dan juga, hero akan sentiasa mng walaupun penyangak2 berjumlah beratus2 ribu sekalipun...Heh2.........Gomo Harimau Muda Gomo..