GLORY2!!!!!

GLORY2!!!!!

Jumaat, 22 Julai 2011

Malaysia - Chelsea, Permainan terbaik dari 'anak' Harimau

Selesai sudah jelajah 3 kelab gergasi England ke Malaysia dengan perlawanan terakhir Malaysia menentang Chelsea smlm. Rata-ratanya mendapat sokongan hangat peminat Malaysia yang menjadikan ketiga2 kelab ini iaitu Liverpool, Chelsea dan Arsenal sebagai kelab kesayangan mereka. Sebagai seorang rakyat Malaysia yg lahir selepas merdeka dan byk terpengaruh dengan abg sulung aku (dia penyokong tegar Arsenal), aku juga tak ketinggalan menjadikan salah satu kelab di atas sebagai kelab kesayangan aku. Kefanatikan aku boleh le dikatakn aku mempunyai lg banyak koleksi JERSI pasukan kesayangan aku dari koleksi baju BATIK ke ofis..(hahaha..teruk aku kn, kecewa jap bapak aku).



Badri Radzi cuba menyekat kemaraan pemain2 Chelsea


Apa-apa pun, yang aku ingin komen kat sini ada lah mengenai perlawanan mlm tadi antara Chelsea dan Malaysia yg berkesudahan Malaysia tewas 1-0 hasil jaringan gol sepakan percuma kontroversi dari Didier Drogba. Terkejut, bangga, kecewa, dan panas telinga antara situasi yg aku alami masa tgk game smlm. 'Terkejut' melihat Malaysia berjaya mengekang Chelsea pada separuh masa pertama, 'Bangga' melihat Malaysia bermain begitu cantik dan bersemangat tanpa rasa takut, 'Kecewa' melihat pemain jutawan Chelsea gagal menjaring kan gol dan juga 'Panas Telinga' ngan mber aku yg beria duk kutuk Chelsea..Hahaha.



Daudsu Jamaludin mengejar Salamon Kalou




Cubaan pertama dari Fernando Torres dan cuba di halang Subramaniam




Didier Drogba di asak barisan Olimpik negara




Kawalan baik dengan aksi 'menutup ruang' baik punyerr..dari pasukan Malaysia




Fandi Othman dan Badri Radzi mencabar Zhirkov


So, apa yg aku buleh katakan, Malaysia main semlm mmg best, mcm tak gaya langsung Chelsea lwn Malaysia smlm, mcm gaya Chelsea lawan kelab2 pertghan liga EPL je..(perghh,dasat aku kasi contoh beb). Itu lah juga sebab nya, menunjukkan Malaysia main tnpa rasa gentar, menggunakan peluang yg ada untuk mengatur gerakan dan juga cuba mencari gol, itulah benda yg boleh dikatakn peminat Malaysia mahu lihat ketika menentang ketiga2 kelab ni..(kecewa ngan game lwn Arsenal hari tu, main mcm cipan). Sampai aku tgk pengulas Astro Arena smlm, Zainal Abidin Rawop pun teruja giler ngan persembahan Malaysia..Itu tanda positif dari skuad Olimpik kita dan juga senior2 yg tak terpilih ke pasukan utama Rajagobal. Syabas Malaysia, TQ Chelsea to play seriously against Malaysia (2nd half)....Adios

Tiada ulasan:

Catat Ulasan