GLORY2!!!!!

GLORY2!!!!!

Rabu, 10 Ogos 2011

BPL : Tidur Man U tidak lena lagi

Sebenarnya malas betul nak menulis apa2 pasal bola bila bulan puasa nih, sebab boleh dikatakan betul2 takde game tumpuan utk aku sama2 teruja dan ambik kisah. Tp mengenangkan seorg mber aku yg berada nun jauh di KL beria benar suruh aku citer dan ulas pasal kemenangan Man U ke atas Man C tempoh hari, yap, aku rasa leh le citer sikit, walaupun aku tak ambik port sangat game tuh (ye la, team Man U tuh...punya le alergik sikit aku).Tapi oleh sebab weeknd ni pun dh start game 1st BPL, leh le sikit2 aku nk ulas pada kacamata ku (bkn kacamata jranku ye)




Sara Ali, pelakon yang tip top sekrg ni..errr..sekadar gambr hiasan


Melihatkan perlawanan pembukaan merebut Perisai Komuniti antara Man U dan Man C, bleh le dikatakan Man U sudah agak bersedia, apatah lagi dgn pemain muda yg mberikan persembahan yg agak ok jugak lerr...Bagi Man C plak, nmpaknya pelaburan besar2an perlu menunggu sedikit masa lg utk para pemain btl2 sesuai antara satu sama lain, apatah lagi hendak mencabar team2 yg agak laparkan kemenangan seperti Chelsea, Arsenal dan lain2.




Bagi pasukan2  Liga Perdana Inggeris atau nama komersilnya Barclays Premier League, musim 2011/12 bolehlah dikatakan masing2 menyediakan pasukan yg betul2 rapi, apatah lagi kebanyakan kelab gergasi England musim yg lepas hanya mendapat Piala Mug saja(yakni x dpt apa2 piala). Kecuali Manchester United yg dilihat lebih konsisten berbanding pencabar lain dengan merangkul Liga Perdana Inggeris dan juga layak ke final UCL tp tewas ngan hampeh kepada Barcalona. 

 Pasukan seperti Chelsea, Arsenal, Man City, Spurs dan juga Liverpool agak mengecewakan musim lalu, apatah lagi Arsenal yg dibarisi pemain muda yg menunjukkan kehebatan dgn menghimpit pendahulu Man U dengan beza satu atau dua mata tp mengalami saat penurunan pada akhir musim, ianya sudah tentu tidak diulangi lagi pada musim yg baru ini. Pembelian yg agak 'byk' juga dilakukan oleh Arsene Wenger musim ini, melihatkn tekad yg kuar Wenger utk mengapai sekurang2nya satu Piala musim ini setelah ketandusan sebarang piala selama 6 musim (kali terakhir FA cup thn 2005).

  Chelsea dan Liverpool juga dilihat btl2 serius utk mencabar Man U pada musim ini dengan membawa muka2 baru yg dilihat dpt menyinar di liga Inggeris. Man City pula, usah le dibicara lagi ttg persiapan mereka..boleh dikatakn semua pemain yg dihajati pasukan lian telah berjaya dimiliki mereka, kuasa wang sesungguhnya memainkn peranan yg besar terhadap sesebuah kelab yg dikira sederhana. Tp, wang bukan segalanya utk kejayaan..(heh heh heh)..petik kata2 pepatah sket. So, apa yg aku bleh simpulkan musim baru nanti amat2 menarik utk disaksikan peminat2 liga perdana inggeris. Saingan yg sengit dgn ramai muka2 baru dlm setiap pasukan (Chelsea, Man U, Man C, Arsenal, Liver) di harapkan memberi impak drama ke atas Liga yg terhebat didunia ini... Man U tidak boleh tidur lena lagi....oh yeah...heh heh heh...Selamat Berbuka.

Khamis, 4 Ogos 2011

Lapar, dahaga, kalah bola...itu semuanya cobaan...

Kesudahan kekalahan Malaysia kepada Singapura itu hari, menyebabkan x sempat  aku bercerita maupun melepaskn sdikit kekecewaan aku, cukup le sekadar mendengar pelbagai pihak menyuarakn ketidakpuasan hati di blog2 maupun di tempat keja, benda2 gitu pun dh cukup utk simpulkan, rakyat Malaysia amat mengharapkan kejayaan utk pasukan negara setelah menjuarai AFF Suzuki Cup tahun lepas, apatah lagi kali ni kalah kepada team yg kepupusan pemain bolasepak iaitu Singapura. Tapi nk ckp lebih2 pun xguna, benda yg dh lepaskn kn. Cuma yg dpt dilakukan skrg ialah fokus kepada membina team yg lebih mantap dan kuat utk persediaan kelayakan Piala Asia 2015 dan juga AFF Cup tahun hadapan. Dengan melihat team Olimpik pimpinan Ong Kim Swee agak mantap utk menghadapi Sea Games Dan Kelayakan Olimpik, team senior juga tidak perlu kalah dari segi semngat dan persiapan agar btl2 melahirkan team yg kuat di rantau Asia Tenggara ini. Lupakn Singapore, lupakan pemain import tua dan buncit Singapore.Hanya fokus kehadapan... Selamat Menjalani Ibadat Puasa..







 Sekadar gurau2an di bulan puasa ini...Learn from mistake..learn..learn...but for when??

Sabtu, 23 Julai 2011

Harimau cedera di tangan Singa

Keputusan perlawanan kelayakan Piala Dunia pusingan ketiga diteruskn dengan aksi Malaysia menentang Singapura. Perlawanan yg menyaksikn Malaysia bermain bawah paras yg sebenar dengan aksi tumpas dengan jayanya 5-3. Gol awal Safee Sali pada saat ke 26 tidak meberi apa2 makna apabila Singapura menjaringkan 4 gol berturut2 sehingga tamat separuh masa pertama. Pertahanan Malaysia yg berterusan tidur atatu mamai terus menjadi duri dlm daging Malaysia.



Ko byk tido....cedera lah weiii..



Separuh masa kedua pula menyaksikan Kapten Malaysia Safiq Rahim dibuang padang setelah mendapat kad merah kerana menendang pemain Singapura, 10 minit kemudian Malaysia dan Singapura bermain masing2 10 pemain apabila pemain pertahanan Singapura diperintahkan keluar padang setelah mendapat kad kuning kedua. Malaysia rancak menyerang sehingga memperolehi dua gol menjadik kn kedudukan 4-3 masing2 dari Abd Hadi dan Safee Sali...walauu bagaimanapun, Singapura tetap menghukum pertahanan Malaysia yg gagal menutup ruang utk gol kelima mereka shingga perlawanan tamat yg meyaksikn Malaysia tewas 3-5.



Jumaat, 22 Julai 2011

Malaysia - Chelsea, Permainan terbaik dari 'anak' Harimau

Selesai sudah jelajah 3 kelab gergasi England ke Malaysia dengan perlawanan terakhir Malaysia menentang Chelsea smlm. Rata-ratanya mendapat sokongan hangat peminat Malaysia yang menjadikan ketiga2 kelab ini iaitu Liverpool, Chelsea dan Arsenal sebagai kelab kesayangan mereka. Sebagai seorang rakyat Malaysia yg lahir selepas merdeka dan byk terpengaruh dengan abg sulung aku (dia penyokong tegar Arsenal), aku juga tak ketinggalan menjadikan salah satu kelab di atas sebagai kelab kesayangan aku. Kefanatikan aku boleh le dikatakn aku mempunyai lg banyak koleksi JERSI pasukan kesayangan aku dari koleksi baju BATIK ke ofis..(hahaha..teruk aku kn, kecewa jap bapak aku).



Badri Radzi cuba menyekat kemaraan pemain2 Chelsea


Apa-apa pun, yang aku ingin komen kat sini ada lah mengenai perlawanan mlm tadi antara Chelsea dan Malaysia yg berkesudahan Malaysia tewas 1-0 hasil jaringan gol sepakan percuma kontroversi dari Didier Drogba. Terkejut, bangga, kecewa, dan panas telinga antara situasi yg aku alami masa tgk game smlm. 'Terkejut' melihat Malaysia berjaya mengekang Chelsea pada separuh masa pertama, 'Bangga' melihat Malaysia bermain begitu cantik dan bersemangat tanpa rasa takut, 'Kecewa' melihat pemain jutawan Chelsea gagal menjaring kan gol dan juga 'Panas Telinga' ngan mber aku yg beria duk kutuk Chelsea..Hahaha.



Daudsu Jamaludin mengejar Salamon Kalou




Cubaan pertama dari Fernando Torres dan cuba di halang Subramaniam




Didier Drogba di asak barisan Olimpik negara




Kawalan baik dengan aksi 'menutup ruang' baik punyerr..dari pasukan Malaysia




Fandi Othman dan Badri Radzi mencabar Zhirkov


So, apa yg aku buleh katakan, Malaysia main semlm mmg best, mcm tak gaya langsung Chelsea lwn Malaysia smlm, mcm gaya Chelsea lawan kelab2 pertghan liga EPL je..(perghh,dasat aku kasi contoh beb). Itu lah juga sebab nya, menunjukkan Malaysia main tnpa rasa gentar, menggunakan peluang yg ada untuk mengatur gerakan dan juga cuba mencari gol, itulah benda yg boleh dikatakn peminat Malaysia mahu lihat ketika menentang ketiga2 kelab ni..(kecewa ngan game lwn Arsenal hari tu, main mcm cipan). Sampai aku tgk pengulas Astro Arena smlm, Zainal Abidin Rawop pun teruja giler ngan persembahan Malaysia..Itu tanda positif dari skuad Olimpik kita dan juga senior2 yg tak terpilih ke pasukan utama Rajagobal. Syabas Malaysia, TQ Chelsea to play seriously against Malaysia (2nd half)....Adios

Ahad, 17 Julai 2011

Bangau oh bangau!!! 6-3 aje???

Menghiburkan dan mengecewakan tp boleh tahan la..Itu saja lah ayat yg boleh aku bagitau tentang game Malaysia menentang Liverpool smlm yg menyaksikan Liverpool membelasah Malaysia 6-3..6-3???!!!!!
 Separuh masa pertama boleh lah dikatakn Malaysia bermain baik dengan mengekang setiap asakan Liverpool dan mengatur juga gerakan2 yg dikira cantik ke kubu Liverpool. Gol penalti pertama Liverpool boleh la dikatakn mengulang skrip sama ketika melawan Arsenal tempoh hari, tp jaringan gol sepakan percuma bertaraf antarabangsa dari Kapten Malaysia Safiq Rahim memadamkn kelebihan Liverpool sambil menyebabkan sebilangan penyokong Liverpool di Stadium bersorak gembira, tak sangka Malaysia boleh jaring gol cantik lawan team kesayangan depa kot..Dua gol Malaysia lg diperoleh daripada penyerang gantian dan terbilang Malaysia ketika ini (konon2nya) iaitu Safee Sali. Apa2 pun pujian boleh di berikan kepada pasukan Malaysia yg menunjukkan permainan cantik dan bersemangat tanpa rasa gentar menentang Liverpool. Kecuali kelemahan yg perlu di ambil perhatian di benteng pertahanan. Di bawah adalah gambr yg dipetik dari website TheRedsWarriors.com







Khairul Fahmi menghalang cubaan David Ngog




Rizal Fahmi mengawal benteng Malaysia




Safiq Rahim cuba memintas Dirk Kuyt


Khamis, 14 Julai 2011

Harimau di bedil meriam

Malaysia 'dibedil' meriam Arsenal 4-0 di Bukit Jalil Kuala Lumpur smlm, keputusan yg agak mengecewakan seluruh rakyat Malaysia ketika bolasepak Malaysia sedang rancak meningkat diperingkat benua Asia.
2 gol pada setiap babak sudah cukup untuk Arsenal memain2kan pemain Malaysia dengan jaringan gol dari Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Villa dan Thomas Rosicky. Saksikan gambar2 aksi Malaysia - Arsenal, dipetik dari website TheRedWarriors.com


Barisan Arsenal




Robin Van Persie mengasak Khairul Fahmi




Norshahrul mengejar bola ke dalam kubu Arsenal




Amirulhadi Zainal melarikan bola





Carlos Vela mengasak kubu Malaysia

Selasa, 12 Julai 2011

Antara Meriam dan Harimau

Menjelang perlawanan persahabatan pertama Jelajah EPL Asia Tour 2011 menentang Arsenal mlm esok, peluang Malaysia untuk menang dilihat agak sukar. Dengan kekuatan pemain2 bertaraf dunia seperti Robin Van Persie, Ashavin, Nasri, Sagna, Rosicky, Wilshere, sudah cukup untuk menyatakan Arsenal sudah menang di atas kertas. Tapi jika kenyataan seperti itu di ambil kira, sudah pasti le Malaysia dikira membuang masa menentang pasukan yg di yakini menang dengan mudah.









Tapi nampak gayanya bukan itu yg diigini pasukan Malaysia, apatah lagi ini adalah kali ke 3 Arsenal berkunjung ke Malaysia menentang pasukan kebangsaan sejak era Mokhtar Dahari lg. Kalah menang bukan perkiraan jika di lihat situasi Malaysia sekarang ini. Di samping kesibukan barisan utama negara bersedia menentang Singapura dlm pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 23 Julai nanti, boleh lah dikatakn ini adalah latihan yg TERBAIK sebelum turun menentang negara Singa tersebut.




Robin Van Persie antara tonggak Arsenal yg akan diturunkan nanti




Striker Norshahrul Idlan masih menjadi harapan merobek gawang Arsenal



Oleh sebab itu, mungkin elok dikatakn kedatangan Arsenal adalah masa terbaik bagi Malaysia menunjukkn sesuatu yg kita ada kepada pasukan luar seperti Arsenal dan Liverpool. Mengikut kenyataan akhbar Arsene Wenger yg mengatakan tidak kisah dengan status Juara Asia Tenggara yg dipegang Malaysia, nampaknya ini adalah peluang sesuai utk barisan Harimau kita menunjukkn sesuatu setelah berjaya 'mengejutkan' Manchester United dlm perlawanan jelajah mereka dua tahun lalu (Malaysia kalah 2-3).




Sorakan penyokong berbaju KUNING amat di perlukan ketika perlawanan nanti, bukannya penyokong berbaju merah 'Fly Emirates'



So, aku berharap kali ini, dpt le melihat Malaysia bermain dengan best dan yakin ketika menentang Arsenal dan sudah pasti lah aku mengharapkn kemenangan walaupun bunyi mustahil tp x kisah la kn. Ada jaringan gol dan main cantik walaupun kalah sudah cukup utk menunjukkn sesuatu kepada pakcik 'hidung merah' Arsene Wenger. Joga bonito broo....