GLORY2!!!!!

GLORY2!!!!!

Khamis, 23 Februari 2012

Itu lah realitinya....terima lah

Banyak btl aku dgr komen2 pedas dari jurulatih2 'part time' yg bisa sahaja mengeluarkn pendapat mereka sesuka hati selepas sahaja Malaysia(skuad Harimau Muda) tewas berGAYA kepada Jepun pada perlawanan kelima di Stadium Bukit Jalil 22 Februari lalu. Kebnykanya yg mengomen adalah dari yg jarang sekali berbicara pasal bola, tetapi tiba2 menjadi emosi dan smngt kalau menceritkan kekalahan Malaysia. Heh heh heh..










Harimau Muda diketuai Kaptennya GK Khairul Fahmi 


 Bagi aku mudah je, dikalangan 12 pasukan yg layak ke pusingan terakhir peringkat Asia utk ke Olimpik kali ini, hnya Malaysia satu2nya negara yg paling rendah rankingnya tersenarai sama, bagi aku ini pun dah cukup membanggakan, lagi satu, kita kena le akui, ini sahaja lah taraf kita jika dibandingkn dengan negara2 yg telah berpenglaman bermain di World Cup dan peringkat tertinggi lain. Tak perlu le kita melatah menunding jari, kerana kita mmg masih jauh lagi dan perjalanan kita masih jauh lagi jika nk dibandingkn dgn negara gergasi bolasepak Asia yg lain. Ukur le baju di badan sendiri..ye tak.. xperlu hampa, x perlu emosi..terima sahaja lah kerana itu lah sikap sejati penyokong Harimau Malaya yg sebenanrnya....Adios..

Ahad, 12 Februari 2012

Ada apa dengan BPL??? - 'Penyokong Paling Bernilai'

  Ada apa pada malam sabtu yg lepas?? Bagi peminat bola, ada satu perlawanan tumpuan iaitu Liga Inggeris yg menemukn dua musuh tradisi iaitu Man U dan Liverpool, dan juga pada waktu yg sama terdapat perlawanan liga Super yg menemukan juga dua musuh tradisi dan antara yg terkuat kebelakangan ini iaitu Kelantan melawan Terengganu di Kota Bharu. Tapi yg nyata, dua2 perlawanan ni aku tak tgk kerana kat umah sewa baru aku sah2 belum ada Astro. Kelantan VS Terengganu (live 801) dan Man U VS Liverpool (live ESPN). Aku layan game N9 lwn Lions 12 je kat Tv Singapore (nasib le ada live, tp kecewa ngan N9, main cam hampeh).



  Tp apa yang menarik utk dikupas bukan pasal mana2 game, sebab semua org dah tau Kelantan mng 2-1 dan Man U pun mng 2-1 jugak kn..Apa yg aku nk ckp kat sini ada lah 'gelombang' kefanatikan penyokong2 TRW. Jika sebelum2 ini atau mmg xde langsung kot, kalau kedai2 makan yg menyiarkan perlawanan liga malaysia, yg menontonnya tidak le seramai mana, tapi tidak dgn perlawanan Kelantan Terengganu ini. Jumlah penyokong TRW(Kelantan)di tempat2 sebegitu boleh lah dikatakan ramai seperti pyokong2 Kelab BPL menonton game team mereka sdiri.(sumber dari sekitar Lembah Klang)



  Apa yg agak menarik, jumlah tontonan 'big screen' antara BPL dan Liga Super pada mlm itu bagai menunjukkn Kelantan  bagai bermain didlm liga yg sama seperti ManU dan Liver, krn disebabkn bgitu ramai penonton di lokasi restoran2 'big screen' yg menyiarkn perlawanan derby pantai timur liga super tersebut. Sorakan dan lilitan Mafla yg tersemat dileher menunjukkn situasi yg jauh berbeza jika ingin melihat penyokong dari negeri lain seperti itu.  Heh2, yg tgk BPL kat kedai2 mamak tu patut malu le kn. team liga sdiri tak nak sapot, duk sibuk layan team luar kn..Apa yg pasti, gelaran PENYOKONG PALING BERNILAI yg dianugerahkan kepada penyokong Kelantan musim lepas nmpaknya realistik dan sesuai sekali. Nak ckp lebih2 nanti org kata aku semngt kenegerian plak kn.What to say, The Red Warriors nadi bolasepak negara????? Hangpa nilai le sdiri ye..

Khamis, 9 Februari 2012

Liga Super Malaysia : Derby Pantai Timur

Selesai perlawanan ke 6 liga super smlm menyaksikan tahkta liga berpindah tgn kepada pasukan Perak yg mencatatkan kemenangan di samping Kelantan yg hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Sabah di Likas. Dengan keputusan Selangor seri menentang Young Lions dan juga keputusan sama yg dicatat Terengganu. Kelantan mengekori rapat satu mata dibelakang Perak, diikuti Terengganu dan Selangor.










Cabaran 'Derby' dan 'musuh tradisi' menanti Terengganu




Pasukan Kelantan kelihatan bergelut dgn prestasi pemain import




                                      Khidmat import Effa Owana tetap di tagih N9


Perlawanan tumpuan minggu ini sudah tentu 'Derby' pantai timur diantara Kelantan dan Terengganu disamping perlawanan pertama N9 menentang Young Lions di Kota Singa (ada live Tv singapore,dpt le aku tgk,heh2). Dengan prestasi Kelantan yg kelihatan goyah ketika menentang Sabah, pastinya peranan tenaga import terus ditagih didalam keadaan yg belum memuaskan hati para penyokong The Red Warrior berbanding pemain tempatan. Dipihak Terengganu, mereka kelihatan sentiasa bersedia menentang Kelantan tanpa sebarang masalah membelenggu mereka. Dalam perlawanan N9 menentang Young Lions pula, keadaan padang yg berbeza sudah tentu memberikan cabaran yg berlainan untk N9 mencatatkan kemenangan. Sama2 kita nanti kn persaingan sengit liga super pada hujung minggu ini...(^ ^,)

Rabu, 8 Februari 2012

"Bagus, tapi tidak cukup" atau "tidak cukup bagus"?

Perlawanan kelayakan  Olimpik Malaysia menentang Bahrain di mlm perseteruan liga Inggeris di antara Manchester dan Chelsea boleh dikatakn agar mendebarkn..Disamping seluruh mata peminat dunia tertumpu kpd perlawanan liga Inggeris tersebut, boleh dikatakan semua mata rakyat Msia tertumpu kepada perlawnaan kelayakn Olimpik tersebut, disamping ia adalah perlawanan keempat dlm kempen kelayakan peringkat kumpulan bagi Malaysia, ia adalah penentu hidup dan mati misi malaysia dlm layak ke 4 slot Olimpik dari benua Asia. Kalah bererti segalanya sudah berakhir buat Malaysia dan hanya kemenangan sahaja yg ingin dicapai sebagai pemangkin nafas baru utk sekurang2nya merebut tmpat kedua kumpulan utk perlawnan playOff, namun seperti dijangka dan resultnya pun korang dh tau kn, Malaysia tunduk 2-1 kepada Bahrain yg meletakkn titik noktah kepada Malaysia, dua perlawanan menentang Jepun dan Syria adalah pelengkap jadual bagi Malaysia, kerana sudah tiada apa yg perlu dipertahankan selain maruah pasukan (agar tidak kalah teruk?)


Hantu Kak Limah kelihatan sedih diatas kegagalan Malaysia mengulangi rekod 1980




12 terbaik Asia..apa nk kata lagi???



Menang atau kalah mmg le adat permainan, ia tak?? apa yg sudah berlaku telah pun berlaku. Sebagai seorg peminat bola, dari kaca mata dan pendapat aku lah, bleh le dikatakan "Great boyss..but still not good enough"...Malaysia sebenarnya sudah berjaya bagi aku, melayakkan diri ke kelompok 12 terbaik Asia pada kempen kelayakan kali ini sudah membuktikn sesuatu..At least nama Malaysia tetap ada di kalangan negara2 Asia yg lain seperti Jepun,Korea, Arab Saudi dan pasukan Asia celup iaitu Australia. Adakah kita melihat ada nama2 negara bolasepak yg lain yg agak setaraf dengan kita iaitu seperti Thailand, Singupura dan Indon..?? Xde kn???..Jadi,itu menunjukkan tahap kita agak kehadapan dari mereka, tp dlm konteks di benua Asia, kita boleh lah dikatakn 12 terbaik dan mungkin ke 12 terbaik(heh2,sedor diri beb).Jadi, nama2 skuad Olimpik seperti Khairul Fahmi,Mahali,Fadhli,Muslim,Irfan,Syahrul,Nazmi Faiz,Fandi Othman,Shakir,Gurusamy,Gary Steven,Amer dan ramai lg mungkin akan diingati sebahagian besar peminat kecil Malaysia(pemain bolasepak sekolah) utk dicontohi, dan dikejari rekod mereka, tidakkah itu satu perkara positif dlm bolasepak Malaysia dimasa hadapan??


  Pasukan kebanggaan kita, (diketuai Kapten popular, Khairul Fahmi),top 12 in Asia, tak perlu lah kita berasa malu

 So, kita perlu mengakui tahap kita dimana, kalau nk katakan kita setaraf dengan negara Asia Tenggara yg lain, aku rasa kita lebih sikit kot sekarang ni..dan kalau nk dikatakan kita hampir setaraf dgn gergasi bola Asia yg lain(Jepun misalnya)...Aku rasa jurangnya masih terlalu besar.....apatah lagi nk menghampiri tahap bolasepak depa. Bukan aku nk kata tak kan dpt macam tahap depa, tp kita 'boleh' menjadi seperti mereka, tapi bukan dlm masa terdekat ini. Mbe 5-10 tahun lgi..So apa yg boleh aku katakan, kita berpijak dibumi yg nyata dan tak mustahil kita boleh menongkat langit lain kali(layak ke Olimipik)....

Adiosss cikapot.(^ ^,)